4- KELEDEK JEPUN DALAM PASU 1 BULAN TUAI

KELEDEK JEPUN DALAM PASU 1 BULAN TUAI







Tip Tanam Keledek Jepun Dalam Pasu Jika Nak Banyak Isi, Tanah Jangan Padat. Ini Sukatannya :

~ Dalam Pasu medianya ( 2 :1).

= iaitu 2 bahagian cocopeat campur gaul dengan 1 bahagian tanah hitam.

Masa Tuaian= (2 bulan cara normal).

(Dalam pasu 1 bulan utk ubi kecik2).

#


Keledek Jepun ini memang enak direbus dan dimakan panas-panas. Kalau suka menikmatinya elok tanam sendiri, dalam pasu pun boleh.

Jika mahu keledek Jepun yang ditanam ini banyak isi boleh gunakan cara yang dikongsi 

1. Beli keledek ini kemudian ambil ubi yang agak kecil dan basahkan sedikit.

2. Simpan keledek ini dalam bekas yang kedap udara dan letak tempat redup. Boleh letak tepi sinki supaya senang nampak, takut terlupa.

3. Selepas 2 minggu intai keledek dalam bekas tadi. Kalau dah keluar tunas, boleh pindahkan dalam polibeg.

4. Medium untuk keledek kena tanah yang peroi. Tanah tak boleh padat, jika padat nanti tiada ubinya.

5. Kalau nak tanam dalam pasu medianya 2 :1 iaitu 2 bahagian cocopeat campur dengan 1 bahagian tanah hitam.

6. Baja boleh juga baja organik. Tempoh tuaian hasil 2 bulan, yang ini baru sebulan. Cabut sebab tak nak ubi besar sangat. Nak saiz comel comel begini.

#


-Siap-