11- CARA TANAM PUCUK PAKU DALAM PASU ETC.

CARA TANAM PUCUK PAKU DALAM PASU ETC.



Cara Tanam Pucuk Paku Sendiri di Rumah, Jimat & Sentiasa Segar.

Pucuk paku memang enak dimasak lemak atau ditumis. 

Langkah Mudah Tanam Pucuk Paku di Rumah

1. Cari Anak Pokok Paku.

Cari anak pokok paku yang tumbuh di sekitar pokok induk.

2. Tanam Dalam Pasu atau Tanah Terbuka terus atas tanah di halaman rumah.

Gunakan tanah biasa, tidak memerlukan tanah khas.

3. Tanam Banyak Anak Pokok Sekali.

Lebih banyak rumpun, lebih banyak pucuk akan tumbuh.

Jika satu rumpun subur, boleh hasilkan 2-3 pucuk. 

Kalau kurang subur, mungkin hanya satu pucuk sahaja.

4. Siram Setiap Hari.

Pucuk paku suka tempat lembap dan basah.

Pastikan siram setiap hari, lebih-lebih lagi waktu musim panas.

#


Note :

*******

Tip Supaya Pucuk Lebih Gemuk & Hijau.


Buat air baja organik dari sisa dapur :


1)-    Ambil kulit bawang, kulit telur (ditumbuk), dan sisa dapur lain.

2)-    Kisar bahan dan campur dalam bekas berisi air hujan.

3)-   Perap selama 3 hari.

4)-   Siramkan ke pokok sebagai baja.

5)-    Selepas siram dengan baja, siram juga dengan air biasa supaya pokok sentiasa lembap.

#


Nikmati pucuk paku muda dan segar terus dari halaman rumah. Tak perlu lagi risau pucuk keras.


Selamat mencuba.